Tempatan

PERHATIAN: 5 Kawasan Berisiko Banjir Bermula Hari Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Disember 2022 – Lima kawasan di Semenanjung Malaysia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan fenomena air pasang yang dijangka berlaku di kawasan itu.

Fenomena itu dijangka berlaku selama empat hari bermula hari ini, yang mana menurut Pusat Hidrografi Nasional boleh menyebabkan banjir.

“Pusat Hidrografi Nasional meramalkan Air Pasang Besar berlaku pada 8 hingga 11 Disember 2022 sesuai Jadual Pasang Surut Malaysia 2022.”

“Keadaan ini boleh menyebabkan limpahan air di kawasan darat dan berkemungkinan banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.”

Kawasan yang terlibat adalah Kuala Muda (Kedah), Bagan Datuk (Perak), Pelabuhan Klang (Selangor) serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Penduduk berhampiran pesisir pantai disarankan agar lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini.

Penduduk juga dinasihatkan supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.

Orang ramai boleh layari https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai paras pasang surut di kawasan berhampiran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: