Tempatan

Beli Barangan Tempatan Untuk Bantuan Mangsa Banjir Supaya Bantu Pengusaha Kecil

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 18 September 2022 – Individu mahupun Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bakal terlibat dalam misi bencana banjir disarankan untuk membeli barangan buatan tempatan supaya turut membantu pengusaha kecil.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, menjadikan barangan buatan tempatan sebagai sumbangan kepada mangsa banjir sedikit sebanyak dapat membantu pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi memajukan perniagaan mereka.

“Kita tahu rakyat Malaysia adalah rakyat yang budiman. Apa sahaja bencana berlaku, ramai yang tampil untuk beri bantuan dan harapan saya, barangan bantuan itu pilihlah barangan buatan Malaysia,”

“Ini kerana kita ada pelbagai jenis barangan untuk pakaian, makanan, peralatan elektrik dan sebagainya,” kata beliau sewaktu Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), Khamis lalu.

Baru-baru ini, samudera.my melaporkan, Jabatan Pengairan Selangor (JPS) memaklumkan bahawa terdapat 86 kawasan di Selangor yang berisiko mengalami banjir, banjir kilat, ribut serta kejadian tanah runtuh sepanjang bulan ini susulan daripada Monsun Barat Daya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: