Tempatan

RM3.7 Juta – Mangsa Banjir Taman Sri Muda Saman Kerajaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 28 Jun 2022 – Seramai 50 orang mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, telah menyaman Kerajaan dan beberapa defendan lain atas dakwaan kecuaian dalam mengendalikan banjir pada penghujung tahun lalu.

Lapor MalayMail, selain Kerajaan Malaysia, turut disaman ialah:

1. Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA,
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
3. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MET) Malaysia,
4. Menteri Alam Sekitar dan Air,
5. Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Bandaraya Shah Alam,
6. KDEB Waste Management Sdn Bhd,
7. Tenaga Nasional Berhad, dan
8. Kerajaan Negeri Selangor.

Mangsa-mangsa banjir Taman Sri Muda memohon ganti rugi khusus sebanyak RM3,767,148.51, selain daripada memohon ganti rugi umum dan teruk yang bakal ditentukan oleh mahkamah.

Ganti rugi khusus tersebut adalah bagi memohon ganti rugi kehilangan/kerosakan harta benda, manakala dua lagi permohonan ganti rugi merangkumi permohonan ganti rugi bagi hal-hal lain seperti menanggung penderitaan, kesan pada mental dan emosi mangsa.

Kumpulan pemohon turut memohon supaya beberapa defendan dideklarasi sebagai telah gagal menjalankan tanggungjawab berikutan insiden banjir Disember tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: