Antarabangsa

Amaran Ribut Matahari Dahsyat Langgar Bumi Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 14 Mac 2022 – “Penemuan tepat! Model ramalan NOAA dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan Ribut Matahari akan melanda Bumi antara pukul 8 malam hingga 5 pagi (waktu tempatan).”

Portal berita Kosmo melaporkan, kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang ahli fizik angkasa lepas, Dr. Tamitha Skov menerusi laman sosial Twitter milik beliau beberapa hari lalu.

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) meramalkan 80 peratus kebarangkalian Ribut Matahari yang kuat akan melanda Bumi pada hari ini.

Berdasarkan data yang disediakan oleh NOAA, terdapat 20 peratus kebarangkalian ribut itu akan memberi kesan kepada Britain.

Berikutan dari fenomena itu, orang ramai di seluruh dunia berpeluang untuk menyaksikan satu fenomena cahaya yang sering dilihat di kawasan berlatitud tinggi, Aurora dan ia dijangka dapat dilihat lebih jauh ke arah Khatulistiwa semasa ribut itu berlaku.

“Aurora mungkin boleh dilihat jauh ke latitud tengah selain akan berlakunya gangguan kepada radio amatur dan penerimaan GPS, terutamanya menjelang waktu subuh, senja atau malam di bumi,” jelas Skov mengenai kesan yang akan berlaku akibat Ribut Matahari tersebut.

Ahli astronomi dan penulis laman spaceweather.com, Dr. Tony Phillips memberitahu pada Khamis lalu, satu suar suria kelas C meletus dari sisi matahari yang menghadap bumi dan suar itu kebiasaannya adalah luar biasa dengan letusan kali ini dikatakan bertahan selama hampir 12 jam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: