Tempatan

Banjir: 777 PPS Bersiap Siaga Di Johor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLUANG, 10 September 2022 – Sebanyak 777 pusat pemindahan sementara (PPS) dikenal pasti untuk menempatkan hampir 200,000 mangsa banjir yang dijangka melanda negara akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail@Md berkata, PPS berkenaan membabitkan sekolah, balai raya dan dewan orang ramai yang dibahagikan mengikut skala besar, sederhana dan kecil.

“Dikatakan hujan lebat akan lebih kerap berlaku ketika fenomena La Nina ini, terutamanya pada bulan November depan sehingga bulan Februari 2023.”

“Kita menyediakan dua PPS berskala besar yang mampu menampung hampir 5,000 mangsa; 114 PPS berskala sederhana yang mampu menampung hampir 76,000 mangsa dan 661 PPS kecil yang mampu menampung sehingga 132,000 mangsa,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pelbagai agensi Kerajaan mengadakan simulasi bagi memastikan semua pegawai, kakitangan dan anggota sukarela bersedia.

Menurutnya, seramai 200 peserta daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Jabatan Pendidikan Negeri Johor melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kluang dan Southern Volunteers (SV) terbabit dalam simulasi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika Majlis Perasmian Penutup Latih Amal dan Simulasi Pengurusan PPS Peringkat Negeri Johor, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kahang, pada Rabu lepas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: