Tempatan

Kerajaan Jamin Bantuan Makanan Mangsa Banjir Mencukupi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA SELANGOR, 17 November 2023 – Bantuan bekalan makanan bagi semua mangsa banjir di seluruh negara dijamin mencukupi sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) sehingga Mac tahun depan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Menurutnya, kementeriannya menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membekalkan 60,000 kit makanan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diedarkan kepada mangsa.

“Bantuan itu melibatkan dua fasa dengan 40,000 daripadanya perlu disediakan sebelum hujung tahun ini termasuk di Sabah dan Sarawak.”

“Ini merupakan persiapan tahunan sebagai bantuan awal kepada setiap keluarga mangsa banjir melibatkan keperluan asas dan produk makanan.

Bekalan kit itu antaranya meliputi masing-masing 6,000 bagi mangsa di Kelantan, Terengganu, Pahang, Terengganu.

Ia diikuti 5,000 bekalan bagi Johor, Sabah dan Sarawak (8,000), Kedah (2,500), Negeri Sembilan (2,000), Selangor (1,500) dan Perak (1,000).

Sebanyak 200 hingga 800 kit pula meliputi Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan.

Menurut Foong Hin, keseluruhan kit itu berisi 12 produk makanan termasuk beras, garam dan gula itu dianggarkan bernilai RM9 juta.

Tegasnya, bantuan bekalan makanan setakat ini masih mencukupi dan jumlah itu akan ditambah bergantung kepada situasi bencana berkenaan kelak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: