Antarabangsa

Australia Belanja RM2.44 Bilion Baiki Rumah Musnah Akibat Banjir Terbesar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYDNEY, 29 Oktober 2022 – Australia akan mengeluarkan RM2.44 bilion (USD 516 juta) sebagai kos pembaikan, pengubahsuaian dan belian semula rumah di kawasan barat laut negara itu yang dilanda banjir terbesar.

Lapor berita tempatan, gerak kerja pembersihan sedang dijalankan di seluruh tenggara Australia sejurus selepas paras air sungai surut dan rantau itu pulih daripada banjir ketiganya tahun ini.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengumumkan kira-kira 2,000 pemilik rumah yang ditimpa bencana banjir di New South Wales layak untuk program tersebut. Kelayakan program adalah berdasarkan penilaian harta benda, risiko banjir dan risiko keselamatan.

Tambahnya, rancangan ini memperuntukkan USD 100 juta untuk kerajaan membeli tanah di kawasan yang selamat dari bencana banjir sebagai pembangunan tambahan.

Sementara pemilik rumah kawasan paling berisiko layak untuk belian semula, pemilik lain akan ditawarkan sehingga USD 100,000 (RM 472,250) untuk membina rumah di atas tanah atau menyesuaikannya dengan situasi banjir.

Ujar Anthony, beliau akan bekerjasama rapat dengan Premier New South Wales, Dominic Perrottet untuk mendorong perubahan kepada undang-undang perancangan bangunan kawasan banjir di negara itu.

“Kami tahu bahawa bencana dijangka menjadi lebih kerap, dan lebih teruk akibat perubahan iklim, dan itulah sebabnya kami bekerjasama dengan kerajaan New South Wales untuk membangunkan penyelesaian praktikal bagi melindungi nyawa dan mata pencarian,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, keadaan cuaca negara itu dijangka lembab berterusan hingga musim panas berikutan pengumuman peristiwa La Nina oleh peramal cuaca.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: