Tempatan

Pegawai SPRM Didakwa Kehilangan RM25 juta, Kenapa Tak Buat Video? – Ridhuan Tee

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Januari 2022 – Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah menempelak, tidak perlukah kes pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri dijadikan video iklan pengajaran.

“Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa terlibat dengan kehilangan wang RM25 juta? Tidakkah perlu dibuat video sebagai pengajaran?”

Kita mesti berani mengatakan yang benar itu benar, yang salah itu salah, tegas Prof Ridhuan Tee.

Beliau juga berpendapat isu sijil sakit pegawai perubatan tidaklah sebesar rasuah yang semakin berleluasa, rasuah balak dan salah laku pegawai yang berada di institusi berintegriti, seperti SPRM.

“Isu sijil sakit ini kecil sahaja. Tidak perlu bikin iklan sehingga menelan belanja ribuan ringgit.”

Tambah beliau, sepatutnya adalah lebih baik SPRM gunakan duit tersebut bagi tujuan yang lebih berfaedah seperti bantuan banjir, atau buat video rasuah balak yang merosakkan alam dan bencana banjir yang berlaku.

Prof Ridhuan Tee turut melahirkan kekecewaan beliau melihatkan indeks persepsi rasuah masih berada ditakuk lama, malah makin negatif dan lebih malang lagi, masalah integriti ini melibatkan pegawai SPRM sendiri.

“Kita ingatkan, bila Badan Pencegah Rasuah (BPR) dinaiktarafkan menjadi Suruhanjaya (SPRM), keadaan rasuah akan semakin reda. Tetapi sebaliknya, rasuah makin berleluasa.”

“Natijahnya, benarlah kata peribahasa Melayu, gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut, diteropong bukan main.”

Prof Ridhuan Tee menyatakan, integriti kakitangan yang bekerja di institusi rasuah sepatutnya berada pada tahap paling tinggi, bersih daripada rasuah, skandal dan sebagainya.

Baru-baru ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyelar video iklan rasuah yang dikeluarkan oleh SPRM dan menuntut permohonan maaf terbuka berkaitan video tersebut yang dianggap tidak sensitif.

Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memadam video tersebut semalam demi menjaga sensitiviti dan keharmonian semua pihak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: