Tempatan

Permaisuri Agong Berkenan Santuni Mangsa Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam berkenan berangkat melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuala Lumpur dan Dengkil.

Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, PPS SRJK Tamil Saraswathy, Brickfields dan PPS Sekolah Rendah Agama Kg Dato’ Hj Ahmad Razali, Dengkil, Selangor.

Pada hari yang sama, bagi menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Juruiring Tentera Darat Seri Paduka Baginda, Brigadier Jeneral Dato’ Sharizan bin Wan Chik dan Juruiring Tentera Laut, Laksamana Pertama Dato’ Mohd Sharum bin Shaim telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Kuala Lumpur.

Sumbangan barangan keperluan asas dan makanan itu diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir di PPS Kelab Sultan Sulaiman dan PPS Dewan Hamzah, Kampung Baru. Selain itu, sumbangan turut diberikan di PPS SRJK Tamil Saraswathy, Brickfields dan PPS Dewan Sri Endah, Seputeh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: