Tempatan

Jambatan Bailey Di Selancar Hanya Untuk Kenderaan Ringan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 08 Mac 2023 – Jambatan Panel Keluli Bermodular (Jambatan Bailey) di jalan masuk Perwira Jaya dan Selancar, Rompin, yang menggantikan jambatan asal yang musnah akibat banjir kini sudah mula beroperasi pada Selasa.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi satu kenyataan memaklumkan, laluan tersebut dibuka secara satu lorong kepada semua jenis kenderaan ringan tidak melebihi muatan 40 tan.

“Untuk makluman, Laluan FT2490, Jalan Masuk ke Perwira Jaya dan Selancar, Rompin, Pahang Darul Makmur DIBUKA SECARA SATU LORONG kepada semua jenis kenderaan ringan bermula pada 7 Mac 2023 (Selasa).”

BACA JUGA: Rugi Puluhan Ribu, Jemaah Umrah Digalakkan Ambil Insurans

BACA JUGA: Lubuk Judi Sabung Ayam Diserbu, 7 Ditahan

BACA JUGA: Pejabat Kadi Segamat Buka Pusat Pandu Lalu, Kumpul Naskhah Al-Quran Musnah Banjir

“Pemakluman ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai laluan ini dibuka bagi akses keluar dan masuk ke FT012 (Jalan Kuantan – segamat) serta laluan ke Jalan Selancar Redong.”

Dalam pada itu, JKR mengingatkan sekali lagi bahawa kenderaan berat yang melebihi muatan dilarang sama sekali melalui jambatan itu.

“KENDERAAN BERAT YANG MELEBIH HAD MUATAN DILARANG SAMA SEKALI UNTUK MELALUI JAMBATAN INI”

Sehubungan itu, JKR berharap semua pihak mematuhi arahan yang ditetapkan.

“Sila patuhi papan tanda dan arahan yang telah disediakan. Kerjasama daripada semua pihak terutamanya pengguna jalan raya amat diharapkan bagi keselesaan semua,” kata kenyataan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: