Tempatan

Jangan Tular Gambar dan Video Lama Kejadian Banjir – Polis Kota Tinggi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Polis Daerah Kota Tinggi dalam sebuah hantaran di laman Facebook telah menegaskan supaya pengguna media sosial tidak menyebarkan gambar atau video lama banjir bagi mengelakkan kekeliruan.

Hal ini susulan daripada pihak Polis Kota Tinggi mengesan beberapa mesej yang tular menyebarkan gambar dan video banjir tahun 2021 tetapi diolah seolah-olah ianya berlaku pada Januari 2022.

Pihak polis turut menyertakan beberapa mesej yang tular di mana sebuah mesej menunjukkan gambar lama sebuah jalan yang dinaiki air berserta pesanan:

“Jalan dari Bandar Tenggara ke Kluang dah nak kritikal.”

Turut dikepilkan tangkap layar sebuah hantaran mendakwa gambar yang ditularkan tersebut berlaku pada 1 dan 2 haribulan Januari tahun ini.

“Orang ramai di nasihatkan supaya tidak menyalahgunakan gambar-gambar dan video-video banjir yang lama bagi mengelakkan kekeliruan dan menimbulkan kegusaran masyarakat,” tegas Polis Daerah Kota Tinggi dalam hantaran tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: