Tempatan

Terkesan Tragedi Baling, Warga Cameron Makin Risau Ancaman Tanah Runtuh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CAMERON HIGHLANDS, 25 Oktober 2022 – Keadaan lereng bukit yang ‘botak’ menimbulkan keresahan buat penduduk setempat apabila tiba musim tengkujuh.

Koh Wah, 72, penduduk dari Kampung Raja berkata, keadaan membimbangkan apabila air berlumpur mengalir dari puncak bukit kira-kira satu kilometer dari kampungnya pada awal September.

Menurutnya, tapak itu dahulunya merupakan ladang haram sebelum ditutup dalam Op Gading pada 2015 bagi mengekang pencerobohan tanah oleh pemilik ladang dan memulihkan kawasan terjejas.

Namun, berdasarkan lawatan tapak baru-baru ini menunjukkan sisa-sisa struktur yang dirobohkan di ladang lama dibiarkan tanpa dibersihkan dan tapak seluas 6 hektar itu dibiarkan begitu sahaja tanpa ditanam semula.

Pengerusi jawatankuasa ad-hoc untuk memantau hakisan di situ berkata, kumpulan itu bimbang pokok tumbang dan serpihan dari bekas ladang haram itu akan dihanyutkan ke kawasan perumahan di kaki bukit semasa hujan lebat.

“Dalam perhatian saya, baru-baru ini serpihan telah bergerak lebih jauh dari lereng bukit dan lebih dekat dengan rumah, daripada 400m bulan lalu kepada 500m, separuh jalan menuruni denai.”

Shum, seorang lagi penduduk turut meluahkan rasa yang sama.

“Walaupun pejabat daerah telah memberi jaminan bahawa kawasan itu selamat, kami bimbang nyawa kami kerana tapak itu berhampiran. Kami tidak mahu (tanah runtuh) di Baling, Kedah, berlaku di sini.”

Menurutnya juga, terdapat kira-kira 80 rumah, sebuah sekolah dan beberapa kedai di kaki bukit itu.

Terdahulu, media melaporkan berlaku kejadian tanah runtuh yang meragut dua nyawa pada 2 Disember tahun lalu selepas kenderaan dipandu mereka ditimbus runtuhan tanah di Laluan di Seksyen 27, KM39 FT 185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Beberapa siri runtuhan tanah dilaporkan juga berlaku di laluan alternatif iaitu Jalan Tapah-Ringlet, Cameron Highlands.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: