Tempatan

Malaysia Terima Bala Lebih Teruk Jika Terima LGBT – Haji Rashidi Haris

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2022 – “Jangan sampai merosakkan sistem kekeluargaan yang telah teratur dan harmoni. Kalau dahulu Tuhan membinasakan kaum Nabi Luth dengan bencana alam, jangan pula nanti kita dibencanakan seperti orang-orang yang dilaknati itu dengan bala yang lebih teruk lagi. na’uzubillah,” tegas seorang aktivis, Haji Rashidi bin Haris dalam satu hantaran di Facebooknya.

Kenyataan itu dilontarkan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang melampau dalam menuntut kebebasan pada perbuatan atau hak peribadi mereka dalam penulisannya yang menjelaskan tentang perbezaan mengenai pluralisme agama dan pluralisme ideologi serta kesannya kepada masyarakat dunia.

Beliau menjelaskan, “Pluralisme agama ialah menyamaratakan semua agama dengan alasan semua agama itu baik kerana ia mengajak manusia kepada tuhan dan semuanya percaya kepada tuhan yang sama, cuma bezanya ialah cara untuk sampai kepada tuhan itu yang dikatakan berbeza. Tanpa peduli soal Tauhid, golongan liberal menganggap agama adalah kepercayaan wujud tuhan yang mengongkong, justeru perlu dicairkan demi hidup hedonistik mereka.”

“Hakikatnya bukan sekadar cara atau kaedah beribadat itu berbeza malahan konsep ketuhanan itu juga jauh berbeza di antara satu agama dengan yang lain. Islam adalah agama atau kepercayaan beriman kepada Tuhan yang satu, ia bercanggah dengan agama Kristian yang percaya kepada Trinity (tiga dalam satu). Kecelaruan yang terlalu rumit ini membuatkan golongan Kristian hanya perlu percaya sahaja konsep Trinity dan dijamin masuk syurga.”

Kesan daripada perkara itu, ramai penganut agama Kristian di Barat dikatakan telah meninggalkan agama mereka atau mereka hanya sekadar percaya tanpa peduli soal hukum-hakam dan ibadatnya. Ritual agama tidak lagi diikuti oleh penganutnya dan ibadat hanya seminggu sekali, perkara ini terbukti gereja sentiasa lengang kecuali di Korea yang baru dikenalkan kepada Kristian tak sampai 100 tahun. Majoriti meninggalkan agama datuk nenek mereka hanya kerana mahu pengiktirafan setaraf Barat.

Hj Rashidi berkata, lupakan jika mahu dibuat perbandingan antara Islam dengan agama Hindu atau Buddha atau pagan yang lain yang rata-rata masih terlalu jahil menganggap Tuhan dalam bentuk benda (berhala) dan semangat. Golongan ini perlu didakwah, malangnya para asatizah kita dikatakan sibuk dengan alasan mencari rezeki dan politik. Minda politikus ini berpendapat mendapatkan kuasa kemudian baru berdakwah lebih baik daripada berdakwah tanpa ada kuasa.

Menurutnya, usaha golongan liberal di negara ini yang mahu pluralkan agama bukanlah mudah melainkan dengan penipuan dan paksaan. Menipu dengan slogan-slogan indah yang sedap didengar dan logik pada akal manusia jahil yang jauh dari kefahaman agamanya serta dipaksa dengan tekanan ekonomi dan pendidikan secara halus melalui buku-buku sekolah yang diterap dengan ideologi liberal yang sesat ini.

Dan penerapan mereka itu hanya berjaya di kalangan anak-anak Melayu yang tinggal di kotaraya, tidak di kampung-kampung yang masih kekal dalam menjaga tradisi agama (mengaji pondok).

Memberi contoh yang jelas ketara untuk memahami golongan yang berfikiran liberal tetapi tidak sedar perlakuannya itu ada unsur-unsur liberal ialah, kaum pondan yang menuntut kesamarataan sama seperti kaum lelaki dan perempuan. Ia bermaksud, mereka menuntut agar mereka dibenarkan berkahwin sesama mereka (hubungan sejenis) yang bertentangan dengan Islam dan fitrah manusia. Malahan hukumannya amat berat iaitu dibunuh si peliwat dan yang diliwat.

“Larangan ini diulangi dengan keras sampai tiga kali oleh Rasulullah SAW: “Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Luth.” Anehnya sehingga hari ini masih ada yang menganggap isu ini sebagai remeh dan berkait dengan kebebasan manusia yang mesti diutamakan daripada menurut perintah Nabi SAW. Inilah masalahnya dengan golongan Melayu baru-A yang berfahaman liberalisme. Kebebasan yang mereka faham itu amat bercanggah dengan kebebasan dalam Islam.”

Katanya, agama adalah sistem yang mengatur kepercayaan serta peribadatan kepada Tuhan serta kaedah yang berhubungan dengan kehidupan. Pelaksanaan agama biasa dipengaruhi oleh adat istiadat setempat dan adat itu juga menjadi alat untuk menyampaikan ajaran-ajaran agama. Mereka yang beragama itu adalah kumpulan manusia yang percaya kewujudan Tuhan dan hidup mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Maha Pencipta.

Masyarakat dikatakan perlu tahu apakah kewajipan untuk berpegang kepada salah satu atau kedua-keduanya sekali serta kesan dan akibat fahaman ini kepada masyarakat. Namun, apakah fahaman mengenai agama dan ideologi ini bertentangan dengan Islam dan termasuk dalam 72 firqah yang dikatakan sesat kerana ia merupakan soal keberadaan kita di akhirat kelak?

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: