Tempatan

Lubuk Judi Sabung Ayam Diserbu, 7 Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANTING, 08 Mac 2023 – Polis menyerbu lubuk pertaruhan judi sabung ayam mengakibatkan tujuh individu ditahan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superitendan Mohd Sufian Amin, bertindak atas maklumat daripada pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah dan Balai Polis Banting, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat telah membuat serbuan terhadap pertaruhan judi sabung ayam di kawasan lombong Tanjung, Jalan Persiaran Bayu Bandar Saujana Putra pada 5 Mac lalu lebih kurang jam 2.30 petang.

Hasil serbuan mendapati, sekumpulan lelaki sedang berkumpul dipercayai sedang membuat pertaruhan judi sabung ayam.

Mereka bagaimanapun lari bertempiaran apabila menyedari kehadiran pihak polis.

BACA JUGA: Pejabat Kadi Segamat Buka Pusat Pandu Lalu, Kumpul Naskhah Al-Quran Musnah Banjir

BACA JUGA: 5% Royalti Minyak Hak Kelantan & Terengganu, Tegas Ahli Parlimen Negeri

BACA JUGA: Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir – PM

Serbuan itu telah mengakibatkan enam lelaki warga tempatan serta seorang lelaki warga Vietnam berusia antara 31 tahun sehingga 55 tahun ditahan oleh pihak polis.

“Berdasarkan daripada pengakuan tangkapan mendapati jumlah setiap pertaruhan antara RM200 hingga RM500,” jelas beliau.

Malah, pihak polis turut merampas 25 ekor ayam jantan yang digunakan untuk pertaruhan tersebut.

Dalam pada itu, siasatan turut mendapati kesemua kaki judi yang ditahan berasal dari sekitar daerah berkenaan dan aktiviti tersebut dilakukan pada setiap hujung minggu.

Justeru, beliau menegaskan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu berjudi di tempat awam atau mana-mana orang berjudi di tempat awam yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: