Terkini

Klang Banjir, Air Naik Sedalam 1 Meter

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 17 November 2022 – Sebahagian kawasan Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat pada awal pagi tadi, susulan hujan lebat berterusan malam tadi.

Antara kawasan dilanda banjir kilat itu ialah Seksyen 13, Seksyen 22, Padang Jawa, Taman Sri Muda dan i-City di Shah Alam, manakala GM Klang dan Taman Sentosa di Klang, lapor sebuah portal tempatan.

Semua kawasan itu dinaiki air sedalam satu meter selepas hujan lebat turun tanpa henti dan sehingga jam 7.15 pagi ini, keadaan masih renyai.

Berikutan itu, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang telah membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid An Naim Kampung Jalan Kebun, Dewan Balai MPKKK dan di Dewan Masjid Kampung Johan Setia.

Laman publicinfobanjir melaporkan bahawa paras air di lapan sungai di Selangor melepasi tahap bahaya pagi ini susulan hujan lebat sejak semalam.

WhatsApp-Image-2022-11-17-at-09.16.20.jpeg?resize=780%2C935&is-pending-load=1#038;ssl=1

Manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pula menjangkakan Kuala Langat dan Sepang bakal dilanda ribut petir sehingga pukul 10 pagi ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: