Tempatan

Mangsa Banjir di PPS Alor Gajah Meningkat Kepada 179 Orang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 28 Oktober 2022 – Mangsa banjir di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Alor Gajah meningkat kepada 179 orang setakat malam semalam, lapor sebuah portal berita tempatan.

Lapor portal berkenaan, jumlah tersebut merupakan peningkatan daripada 76 mangsa daripada 28 keluarga setakat petang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Kamarulsyah Muslim, seramai 101 mangsa dari 24 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan yang diaktifkan pada 1.45 tengah hari Khamis.

Manakala, seramai 42 mangsa dari 20 keluarga pula ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Gadek dan 36 lagi mangsa dari Sembilan keluarga pula ditempatkan di Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar.

“Ketiga-tiga PPS diaktifkan selepas enam kawasan iaitu Kampung Tanjong Rimau, Kampung Gadek, Kampung Nelayan Kuala Linggi, Kampung Sungai Siput, Pengkalan dan Taman Sri Bayu 2 dinaiki air selepas hujan lebat berterusan sejak kira-kira 3.30 petang tadi yang menyebabkan limpahan air sungai Tampin,” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: