Antarabangsa

Serangan Peluru Berpandu Ke Atas Poland, Provokasi Perang Rusia – NATO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

POLAND, 17 November 2022 – Serangan peluru berpandu yang menghentam Poland didakwa merupakan provokasi terhadap perang Rusia dan NATO, lapor berita antarabangsa.

Ketua misi tetap Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan bahawa peluru tersebut yang jatuh di perkampungan berhampiran sempadan Ukraine telah membunuh dua individu.

Siasatan awal menunjukkan peluru berpandu itu dilepaskan oleh tentera Ukraine ke arah peluru berpandu Rusia yang masuk. Justeru itu, Ukraine memohon ‘akses segera’ ke atas kawasan letupan di Poland dan bersedia membuktikan bahawa Rusia bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Negara itu turut mendakwa mempunyai bukti jejak Rusia namun tidak memberikan butiran lanjut.

Mengulas lanjut, Presiden Poland mengatakan roket itu adalah kemungkinan besar sebahagian daripada sistem pertahanan anti peluru berpandu Ukraine.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: