Tempatan

AMARAN Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Pahang Sehingga Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Februari 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang sehingga Selasa ini.

METMalaysia mengeluarkan amaran pukul 5.50 pagi tadi dengan memaklumkan, kawasan yang terlibat adalah di daerah Kuantan.

Dalam kenyataan sama, METMalaysia turut memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan berlaku di daerah Temerloh, Maran, Bera dan Rompin juga sehingga Selasa ini.

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada diramalkan berlaku di daerah Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong, manakala di Terengganu membabitkan Kemaman.

BACA JUGA: Krisis ASF Ladang Babi Pulau Pinang, 3 Lagi Dijangkiti 

BACA JUGA: Bunga Api, Mercun Bakal Dibenarkan – Menteri 

BACA JUGA: Setiap Orang Mempunyai Sejarah Sendiri Yang Boleh Dibanggakan – Lukman Sherif 

Di Johor pula ia melibatkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi, manakala di Negeri Sembilan di Jempol.

“Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.”

“Manakala tahap buruk jika jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam dan tahap waspada apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam.”

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Facebook Jabatan Penerangan Pahang, jalan di kawasan Sawmill Seng Peng, Jalan Gambang telah dinaiki air sekitar jam 7.55 pagi tadi.

“Mohon semua berhati-hati dan ikuti perkembangan cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Meteorologi Malaysia,” kata jabatan dalam kenyataan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: