Tempatan

Krisis ASF Ladang Babi Pulau Pinang, 3 Lagi Dijangkiti

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

GEORGETOWN, 06 Februari 2023 – Tiga lagi ladang babi di Pulau Pinang dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) iaitu di Barat Daya, menjadikan keseluruhan 27 ladang babi negeri itu dijangkiti setakat ini.

Lapor berita tempatan, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sehingga Khamis lalu, krisis ASF telah melanda sebanyak 18 buah ladang babi di Seberang Perai Selatan (SPS), dua di Seberang Perai Tengah (SPT), empat di Seberang Perai Utara (SPU) dan tiga di Barat Daya (DBD).

Manakala populasi babi yang terjangkiti adalah sebanyak 62,197 ekor.

“Perebakan penyakit ini ke daerah Barat Daya mungkin berpunca daripada lori-lori yang digunakan untuk mengangkut babi-babi ke rumah sembelihan, mungkin lori ini tidak disanitasi dengan betul,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Kon Yeow juga memaklumkan, sebanyak 11,943 ekor babi telah dihapuskan dari ladang-ladang positif dengan kerja pemusnahan masih giat dijalankan bagi menghalang penularan penyakit.

BACA JUGA: Reformasi Penjara, Elak Kesesakan Penjara Sungai Buloh

BACA JUGA: Kongres AS ‘Buli’ Turkiye Terima Keahlian NATO Sweden & Finland

BACA JUGA: Norway Sekat Majlis Bakar Al-Quran Atas Sebab Keselamatan

Bangkai babi yang dilupuskan kemudiannya ditanam di satu kawasan yang jauh dari pembangunan dan penempatan awam agar tidak berlaku kacau ganggu kepada orang ramai.

Namun menurutnya, sekiranya ladang babi mempunyai keluasan tanah yang mencukupi, bangkai binatang itu akan dilupuskan di kawasan ladang berkenaan.

Mengulas lanjut, Kon Yeow turut berkata bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri telah menghantar permohonan pampasan bagi 10 ladang babi yang sudah selesai proses pelupusan kepada Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar (IPPV) di Putrajaya bagi tindakan lanjut.

Beliau juga menasihatkan orang awam agar tidak cemas dengan bencana ASF kerana ia bukan penyakit zoonotik dan hanya menjangkiti ternakan babi serta babi hutan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: