WASPADA: Air Sungai Keratong, Rompin Lepasi Paras Bahaya
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PAHANG, 10 November 2022 – Bacaan paras air di Sg. Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin dilaporkan telah melepasi paras bahaya.
Menerusi makluman di laman sesawang Public InfoBanjir, setakat ini, ia telah mencatatkan bacaan 11.46 meter, berbanding paras bahaya ditetapkan 11 meter.
Selain itu, paras air di Sungai Triang di Triang, Bera melepasi paras amaran manakala paras air Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran pula melepasi paras waspada.
Menurut laporan sebuah portal tempatan, keadaan itu berlaku berikutan hujan lebat melanda daerah itu sejak semalam.
Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan bahawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal di kawasan perairan Pahang sehingga jam 1 petang ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.