Tempatan

Bunga Api, Mercun Bakal Dibenarkan – Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PUTRAJAYA, 06 Februari 2023 – Penjualan mercun dan bunga api akan dibenarkan dalam masa terdekat tertakluk garis panduan yang ditetapkan, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menterinya, Nga Kor Ming berkata perkara itu secara dasarnya telah dipersetujui melalui mesyuarat Kabinet pada Khamis lalu selepas mengambil kira penjualan mercun dan bunga api boleh menjadi satu lagi punca hasil kepada negara.

BACA JUGA : Kritik Rejim Haram Aparteid Israel, Kongres Muslim Diundi Keluar

BACA JUGA : Lebur Besi Perlukan Teknologi Tinggi

BACA JUGA : Gerakan Dakwa Harga Sayuran Naik Sehingga 160 Peratus, Tempelak Kerajaan

“Kita tahu pembakaran mercun menjadi amalan seluruh rakyat Malaysia. Tak kira Tahun Baharu Cina, Deepavali, Aidilfitri atau Krismas.”

“Jemaah Menteri sudah meluluskan pembakaran mercun dan bunga api. Akan dihalalkan, tetapi ia tertakluk kepada permohonan lesen import dan duti serta mengikut peraturan dan garis panduan.”

Kor Ming berkata demikian pada Majlis Jalinan Muhibah Tahun Baharu Cina 2023, pada Jumaat lalu.

Katanya, KPKT akan menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperincikan garis panduan berkenaan dan Kementerian Kewangan (MOF) akan menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pengimport mercun dan bunga api.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata ketika ini mercun dan bunga api dijual sindiket secara ‘bawah tanah’ lantas tidak mengendahkan aspek keselamatan.

Apabila ia dihalalkan kelak, katanya, kerajaan bukan hanya dapat memungut ratusan juta hasil daripada pemegang lesen, malah akan ada kawal selia, penguatkuasaan dan undang-undang yang dipastikan.

Ditanya sama ada pengguna perlu mendapatkan lesen sama, Kor Ming berkata, perkara itu tidak diperlukan.

Dalam pada itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu dasar dan garis panduan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung kebenaran aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM mengikuti apa jua garis panduan dan dasar yang ditetapkan KDN berikutan pelaksanaan perkara tersebut demi menjamin keselamatan orang ramai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: