907 Maut Akibat Panahan Kilat Di India
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
NEW DELHI, 08 Disember 2022 – India merekodkan sebanyak 907 kematian akibat tragedi panahan kilat sepanjang tempoh tiga tahun ini susulan peningkatan dalam kejadian cuaca ekstrem, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.
Menurut Kementerian Sains Bumi India, jumlah 2,183 kematian yang direkodkan pada tahun ini sehingga bulan lepas akibat daripada bencana cuaca ekstrem ini merupakan yang tertinggi sejak 2019 yang merekodkan sebanyak 3,017.
BACA JUGA: Israel Robohkan Masjid di Hebron, Tempat Ibadah Umat Palestin
BACA JUGA: PERHATIAN: 5 Kawasan Berisiko Banjir Bermula Hari Ini
BACA JUGA: Masjidil Aqsa Bukan Milik Sesiapa Kecuali Umat Islam
Daripada jumlah terbabit, bencana petir dan banjir serta hujan lebat menyumbang sebanyak 78 peratus kepada jumlah kematian itu.
Tambahnya, kejadian panahan kilat ini turut meningkat lebih daripada 111 kali ganda sehingga mengakibatkan 907 kematian tersebut.
Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri Kerala (KSDMA), Kerajaan Negeri itu telah menjadikan kilat sebagai bencana khusus negeri pada tahun 2015 berikutan negeri berkenaan merupakan negeri utama yang terjejas oleh kilat.
Pada September lalu, 36 orang maut di Uttar Pradesh akibat daripada panahan kilat dalam tempoh 24 jam.
Di negeri Bihar pula, seramai 20 orang terbunuh berpunca daripada panahan kilat pada Julai lalu.