Tempatan

Ujian Siren Tsunami Malaysia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 12 Ogos 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 10:00 pagi ini, 12 Ogos 2022 di Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Sematan/Lundu (PNK Sematan/Lundu).

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja,” tegas METMalaysia dalam kenyataan yang dibuat melalui laman rasmi Facebook.

METMalaysia juga menyatakan mereka akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan dalam pelaksanaan tersebut.

Terdahulu, pihak berkuasa Thailand juga pernah mengadakan latihan pemindahan bencana tsunami di daerah Thalang, Phuket, pada 20 Julai 2022. Ia diadakan susulan kejadian gempa bawah laut di luar Kepulauan Nicobar yang terletak kira-kira 500 kilometer dari pulau percutian.

“Pusat Amaran Bencana Negara memantau rapat kesemua faktor yang boleh mencetuskan gempa bumi dan tsunami,” jelas Ketua Pejabat Pencegahan dan Mitigasi Bencana Phuket.

Leave a Reply

Back to top button