Tempatan

4 Punca Kenaikan Harga Sayur – KPDN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Februari 2023 – Musim monsun, kenaikan kos input, kadar pertukaran mata wang dan kos perkapalan menjadi antara punca kepada kenaikan harga sayur, kata Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam.

Menurut beliau, kos input itu termasuklah kos biji benih, baja serta racun yang diimport.

Beliau dalam kenyataan yang sama malah berkata, rungutan daripada masyarakat berhubung isu kenaikan harga barangan yang turut melibatkan sayur-sayuran ini dipandang serius oleh pihaknya.

BACA JUGA: Krisis ASF Ladang Babi Pulau Pinang, 3 Lagi Dijangkiti

BACA JUGA: Bunga Api, Mercun Bakal Diluluskan – Menteri

BACA JUGA: Setiap Orang Mempunyai Sejarah Sendiri Yang Boleh Dibanggakan-Lukman Sherif

“Kementerian sentiasa prihatin dan berusaha menangani isu-isu ini melalui tindakan proaktif dan penguatkuasaan,” katanya.

KPDN semalam telah mengeluarkan 60 notis terhadap 296 jenis barangan yang telah diperiksa menerusi Operasi Pasar (Ops Pasar) bagi menganalisis dan menyiasat kenaikan harga sayur-sayuran.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Gerakan, Oh Tong Keong mempersoalkan tindakan pihak Kerajaan berhubung isu kenaikan harga sayur yang meningkat sebanyak 160 peratus pada bulan lalu.

Beliau turut menggesa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menyiasat isu berkenaan dan mengambil tindakan sepatutnya sebelum ia semakin berlarutan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: