Tempatan

JAGA-JAGA: Taufan Ribut Kuat Nesat Kini Hampiri Sabah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUDAT, 18 Oktober 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan bahawa taufan ribut kuat NESAT kini berada kira-kira 1,328 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.

Menurut kenyataan yang dimuat naik dalam anesatplikasi mobil myCuaca, setakat pemerhatian pada jam 8 pagi tadi, taufan itu berada di kedudukan 380km ke timur Hainan, China.

“Taufan itu bergerak ke barat barat daya dengan kelajuan 15 km/jam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 139km/jam.”

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” kata METMalaysia.

Dalam masa yang sama, setakat 10.40 pagi tadi, METMalaysia memberi amaran ribut petir dan hujan lebat akan melanda Selangor (Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya sehingga jam 2 petang ini.

Semalam, samudera.my melaporkan, taufan dijangka membadai Malaysia kesan dari ribut tropika Nesat.

Sehubungan itu, orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: