Emas Kurun Nabi, Ditemui Di Wilayah Palestin Terjajah
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BANIAS, 05 Oktober 2022 – 44 keping syiling emas tulen dari abad ke-7 ditemui dalam sebuah dinding tersembunyi di sebuah kawasan hutan simpan Hermon Stream, Banias, lapor agensi berita antarabangsa.
Menurut ahli arkeologi Israel, syiling emas seberat 170 gram itu dipercayai disembunyikan sewaktu penaklukan Muslim ia turut menandakan bahawa berakhirnya pemerintahan Byzantine di kawasan tersebut.
“Kita boleh bayangkan pemiliknya menyembunyikan kekayaannya disebabkan ancaman perang, berharap untuk kembali suatu hari nanti bagi mendapatkan hartanya,” kata Yoav Lerer, pengarah bagi penggalian berkenaan.
Pakar Numistik (mata wang) Pihak Berkuasa Kepurbaan Israel, Dr Gabriela Bijovsky berkata, sebahagian daripada syiling adalah daripada zaman pemerintahan Maharaja Phocas pada tahun 602 hingga 610 manakala yang lainnya adalah daripada zaman Maharaja Heraclius.
Dalam pada itu, selain daripada syiling emas, penggalian itu turut menemui sisa-sisa bangunan, saluran air dan paip serta syiling gangsa, kata pihak berkuasa rejim haram aparteid Israel.