Tempatan

Negara Majoriti Islam Mahu Watak ‘Yaya’ Free Hair

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2022 – Mengejutkan apabila Pengasas MONSTA, Nizam Abdul Razak mendedahkan watak ‘Yaya’ dengan imej bertudung dalam kartun animasi popular, ‘BoBoiBoy’ ditolak di beberapa negara majoriti Islam kerana pemakaian tudung tersebut dikatakan menjadi isu sensitif.

Beliau yang membuat kenyataan melalui laman sosial Twitternya berkata, negara-negara tersebut meletakkan syarat supaya Yaya tidak bertudung. Dan jika diamati dengan teliti, bagi memenuhi permintaan tersebut, terdapat versi yang menggantikan watak berkenaan dengan menampilkan ‘Hanna’ yang free hair.

Beliau mendedahkan hal ini ketika berkongsi pengalaman yang memberi sedikit kebimbangan ketika bertemu Laura, Bos kepada Disney Channel Asia pada 12 tahun lalu. Namun, kerisauan tersebut berubah apabila Laura malah memberikan dorongan untuk meneruskan design Yaya bertudung.

“Pada 2010, kami pitch BoBoiBoy kepada Disney Channel Asia. Antara isu yang kami risaukan ialah watak Yaya kerana bertudung. Apabila kami bertanya kepada Laura, Boss Disney Channel Asia pada ketika itu, beliau memberikan dorongan untuk teruskan design Yaya bertudung,” katanya.

Beliau bersama pasukannya terkejut kerana persepsi mereka mengenai isu hijab yang akan ditimbulkan meleset sama sekali apabila Yaya perlu kekal bertudung kerana itu yang unik tentang animasi dari rantau ini. Maka dari itu, Yaya yang bertudung dapat dikekalkan dan diteruskan seperti biasa.

Namun, ketika mahu memasuki beberapa negara majoritinya Muslim di situ pula isu tudung menjadi sensitif.

“Pelik bin ajaib apabila yang bukan Muslim menerima watak Yaya bertudung tetapi negara majoriti Muslim pula tidak menerima watak Yaya yang bertudung. Pada awalnya kami ikutkan kehendak mereka tetapi kini kami tidak lagi tunduk kepada permintaan sebegitu.

Kami sedar jika kita sendiri tidak mengetengahkan kepercayaan dan budaya dari rantau ini, siapa lagi? Kita tidak mungkin menjadi unik dengan cuba menjadi sama seperti yang lain.”

Sehubungan itu, untuk jenama animasi Animonsta Studios berikutnya, Nizam yang tidak lagi mahu tunduk dengan kehendak bukan-bukan yang membantutkan perihal kepercayaan serta budaya rantau ini tampil dengan kartun animasi baharu yang menampilkan seorang gadis bertudung dan berkerusi roda.

“Kini watak Mara dalam Mechamato pula menjadi watak yang digemari peminat terutama dari Jepun dan luar negara. Mara bukan sahaja bertudung tetapi juga berkerusi roda. Teruskan menonton dan menyokong Mechamato kerana watak Mara akan terus berkembang dalam musim yang seterusnya!”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: