Tempatan

Alfonso de Albuquerque ‘Adventurer’ Pintar & Berani, Wajar Dihormati – Penulis Novel Sejarah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 07 September 2022 – Penulis Novel Sejarah, Murale Pillai mengangkat Alfonso de Albuquerque dengan menggelarkannya seorang pengembara yang wajar dihormati disebabkan kepintaran dan keberaniannya, lapor sebuah portal berita tempatan.

Murale mengatakan bahawa Portugis tidak akan berjaya ketika itu sekiranya pemerintah Melaka tidak mudah berpuas hati dan seharusnya terus menunjukkan inisiatif serta kebijaksanaannya.

“Orang Portugis tidak menaiki bas ke Melaka! Mereka terpaksa menggunakan sains dan teknologi untuk sampai ke sana, dan itulah yang membuatkan mereka berjaya,” katanya lagi.

Dalam buku yang ditulisnya berjudul “Once Upon a Time in Malaysia” turut menceritakan tentang peristiwa yang membawa kepada kejatuhan Kesultanan Melaka.

Menerusi buku itu, beliau memberi amaran bahawa faktor disebalik kejatuhan Kesultanan Melaka itu banyak terdapat dalam Malaysia moden ketika ini yang didakwa mengancam masa depan negara.

Murale berkata, pada zaman kegemilangan Kesultanan itu, Melaka merupakan hab perdagangan yang sibuk dan dihuni oleh masyarakat berbilang kaum.

“Ia adalah satu-satunya Kesultanan yang berbilang kaum dan agama sejak awal,” katanya sambil memberi contoh saiz tanah perkuburan Bukit Cina yang menunjukkan kehadiran kuat masyarakat Cina ketika itu.

Berikutan itu, Murale mengatakan, “Saya melihat persamaan antara kejatuhan Melaka kepada Portugis dan hala tuju Malaysia.”

“Termasuk pecahnya fahaman berbilang kaum dan kepercayaan agama serta kebangkitan elitisme autokratik,” tambahnya.

Katanya, sebuah negeri yang gagal berisiko untuk dijajah oleh kuasa lain seperti yang ditimpa Melaka.

Murale turut menyatakan bahawa rakyat Malaysia boleh membantu memulihkan kemerosotan negara iaitu dengan hanya menggunakan undi dan selebriti Malaysia yang berpengaruh kepada masyarakat.

“Ada harapan, tetapi tingkap perubahan semakin sukar. Jika Malaysia tidak mengambil langkah yang perlu dalam tempoh 10 tahun akan datang, kita akan semakin kritikal.”

“Dan sebarang harapan akan hilang sama seperti Kesultanan Melaka, hilang buat selama-lamanya,” katanya.

Kata beliau lagi, biarpun dalam musim kemerdekaan, terdapat sentimen daripada sesetengah pihak bahawa Malaysia yang pernah dianggap sebagai kuasa besar serantau yang pesat membangun kini semakin merosot.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: