Tempatan

Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 Bincang 35 Peratus Kerusi Parlimen ‘Dipulangkan’ Kepada Sabah & Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABAH, 09 September 2022 – Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) semalam, memperakukan langkah mendapatkan semula 35 peratus daripada 222 kerusi Parlimen di Malaysia untuk Sabah dan Sarawak, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Berdasarkan pengiraan terkini, 166 atau 75 peratus daripada 222 kerusi Parlimen adalah di Semenanjung Malaysia, manakala baki 25 peratus atau 56 kerusi adalah untuk negeri-negeri Borneo iaitu Sarawak (31) dan Sabah (25) yang mana sebelum ini pada 1963, Sabah mempunyai 16 kerusi, Sarawak (24) dan Singapura (15) iaitu mewakili 35 peratus daripada keseluruhan 159 kerusi Parlimen yang ada ketika itu.

Walau bagaimanapun, untuk menjayakan tuntutan oleh penggubal undang-undang dari Sabah dan Sarawak itu akan menuntut lebih banyak sesi libat urus, terutama dalam kalangan penggubal dan pengamal undang-undang yang berkhidmat di Borneo, jelas Dr Maximus Ongkili.

Tambah beliau, tuntutan yang selari dengan usaha pengembalian hak MA63 itu telah dibincangkan secara terperinci dan diperakukan pada mesyuarat kelima Majlis Khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Samudera.my sebelum ini melaporkan tentang cadangan perjanjian baharu MA63 yang disifatkan oleh Dr Maximus Ongkili sebagai terpesong dari perjuangan nasionalisme negara dan boleh dianggap sebagai “membelakangkan” Persekutuan Malaysia itu sendiri.

“Apabila Perjanjian Malaysia 1963 diabaikan, ia bermakna membelakangkan Persekutuan Malaysia. Pandangan sebegini amat mengelirukan, jauh tersasar dan tidak selaras dengan Perlembagaan yang telah kita luluskan di Dewan yang mulia ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: