Antarabangsa

Gempa Cetus ‘Tsunami Padang Pasir’ Lubang Iblis Mexico

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEXICO, 28 September 2022 – Gempa bumi yang berlaku di Mexico baru-baru ini telah mencetuskan ‘Tsunami Padang Pasir’ dalam sebuah kolam ‘lubang iblis’ di Lembah Maut yang terletak di wilayah berkenaan, lapor sebuah media antarabangsa.

Minggu lalu, Mexico telah dilanda gempa bumi sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut. Berdasarkan magnitud gempa berkenaan yang mencatatkan 7.6 magnitud, jumlah kematian berkemungkinan lebih besar, menurut media tersebut.

Gempa itu bahkan menyebabkan ‘Tsunami Padang Pasir’ di kolam berkenaan iaitu 1,500 kilometer (932 batu) dari pusat gempa.

Lapor media tersebut, dengan ukuran sepanjang 22 meter (72 kaki), kolam berkenaan bukanlah sebuah tempat yang dijangkakan akan mengalami ombak besar.

Walau bagaimanapun, berikutan saiz kolam dan diikuti dengan kedalamannya, ia telah mewujudkan berlakunya ‘gelombang berdiri’ di mana kelajuan air serta ukuran panjang kolam berkenaan telah menyebabkan ombak menghempas ke dinding sekali gus menyebabkan ombak tersebut berlanggar antara satu sama lain.

Ia secara tidak langsung menyebabkan wujudnya ombak yang tinggi serta bunyi ombak dan tiupan angin kuat dalam kolam berkenaan.

Kolam itu juga menjadi habitat bagi ikan Pupfish yang bertindak sebagai seismometer, di mana ia turut dapat bertindak balas kepada gempa bumi biarpun jauh beribu-ribu kilometer.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: