Netizen Mahu Monarki England Pulangkan Permata Yang Dicuri
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SINGAPURA, 12 September 2022 – “Sudah tiba masanya untuk Monarki memulangkan semua barang yang dicuri dari bekas tanah jajahan,” kata laman Facebook Wake Up, Singapore.
Melampirkan sekeping poster dikongsi oleh seorang pengguna media sosial, Khan Tanjid Osman, ia menunjukkan gambar mendiang Ratu England, Queen Elizabeth II sedang memakai alat-alat kebesaran diraja England di mana permata-permata yang digunakan didakwa dicuri dari beberapa buah tanah jajahan koloni itu.
Antara negara-negara yang dirompak hasil batu permatanya bagi menghiasi alat-alat kebesaran diraja itu seperti mahkota, cogan dan koleksi barang kemas lain adalah India, Afrika Selatan, Kenya, Mesir, Nigeria, Barbados, Australia dan Fiji.
“Dianggarkan bahawa Empayar British merompak berbilion-bilion dari India sahaja,” kata laman Facebook itu lagi.
Perkara ini turut dipersetujui oleh pengguna media sosial lain seperti Netizen of Malaysia.
“Rakyat India tuntut kerajaan British untuk pulangkan semula mahkota yang menggunakan batu permata yang dicuri dari India dulu,” kata laman Facebook itu.
Tambah Netizen of Malaysia, bahkan berbilion harta negara India dicuri sejak penjajahan mereka terhadap tanah India.”
Malah, kata laman Facebook itu lagi, “Malaysia sendiri mempunyai banyak artifak lama Tanah Melayu dulu, termasuk manuskrip lama kerajaan Melaka lama, yang dicuri kerajaan Monarki British dan juga beratus keris ada dipamerkan di muzium mereka.”
Menurut sebuah laman portal, pakar ekonomi terkenal India, Utsa Patnaik, menyatakan bahawa dalam tempoh hampir dua abad penjajahan Britain ke atas India yang bermula pada 1765 sehinggalah 1938, koloni itu sebenarnya telah merompak lebih RM195 trilion harta rakyat India.