Tempatan

Ambil Tindakan Peniaga Jual Minyak Masak Melebihi Harga Siling – CAP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 12 Ogos 2022 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDPNHEP) mengenakan tindakan terhadap peniaga yang menjual minyak masak botol melebihi harga siling.

“CAP menggesa tindakan tegas oleh Kerajaan supaya kumpulan peniaga yang tidak bertanggungjawab ini tidak mengeksploitasi pengguna,” ujar Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader.

Menurut tinjauan yang dilakukan, beliau memaklumkan bahawa segelintir peniaga masih melanggar arahan KPDNHEP dengan menjual minyak masak botol 5 kilogram (kg) pada harga lama iaitu RM45.29, yang sepatutnya dijual pada harga siling RM34.70.

Manakala minyak masak botol 2kg pula dijual pada harga RM18.15 berbanding harga siling RM14.70.

Tambah beliau, peniaga memberi alasan terpaksa menjual minyak masak botol pada harga tersebut kerana mereka perlu menghabiskan stok lama yang dibeli pada harga tinggi sebelum Kerajaan memutuskan harga siling minyak masak botol.

Sebelum ini, Kerajaan telah menetapkan harga siling minyak masak sawit tulen tidak bersubsidi pada harga RM34.70 bagi botol lima kg. Sebarang penetapan harga minyak masak akan diumumkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) secara bulanan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: