Antarabangsa

GEMPAR! Terbakar Teruk, Kubah Masjid Jakarta Runtuh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 21 Oktober 2022 – Kubah Masjid Pusat Islamik Jakarta runtuh akibat kebakaran yang berlaku sewaktu kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan pada Rabu lalu, lapor sebuah portal berita Indonesia.

Menurut Ketua Sub Bahagian Penerangan dan Komunikasi Pusat Islam Jakarta, Paimun Karim, jemaah yang berada di dalam masjid bergegas keluar selepas menyedari api yang kian marak.

Pihak bomba dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada 3.22 petang Rabu dah kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 5 petang.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini.

Kata Polis Metro Jakarta Utara, AKBP Slamet Wibisono Yanto, kebakaran tersebut bermula sewaktu empat pekerja sedang melakukan pengubahsuaian pada kubah masjid berkenaan.

“Ketika ingin memasang kayu lapis (plywood) pada kubah masjid, pekerja di situ meleburkan asfalt gulung untuk melekatkan bahan menggunakan bahan api. Saat melakukan pekerjaan tersebut, percika api tiba-tiba muncul dan mula marak sehingga menyebabkan kebakaran,” jelasnya.

Pihak Polis Metro Jakarta Utara bagaimanapun mengambil keterangan keempat-empat pekerja terbabit yang juga saksi kepada kejadian itu bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: