Tempatan

Imej Kuantan Tercemar, Lorong Jadi Port Mak Nyah Warga Asing Cari Makan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 01 Oktober 2022 – Imej Kuantan tercemar dengan kehadiran golongan mak nyah warga asing di Lorong Jalan Pasar yang menjadi ‘port’ aktif mereka untuk mencari dan menunggu pelanggan bagi menawarkan perkhidmatan mereka, lapor sebuah portal berita tempatan.

Kehadiran golongan terbabit dilihat hanya mencemarkan bandar itu yang majoriti komunitinya terdiri daripada mereka yang beragama Islam.

Menerusi tinjauan portal berkenaan, golongan terbabit sudah mula menunggu di kaki lima lorong tersebut seawal 6.30 petang dengan berpakaian seksi, menggoda dan mengghairahkan.

Difahamkan, lorong berkenaan dikuasai oleh golongan mak nyah warga asing dari Indonesia, Thailand dan India dan bukan dikuasai oleh rakyat tempatan.

Menurut kenyataan Pengerusi Transgender Pahang bernama Marina kepada portal tersebut, mak nyah warga asing di lorong berkenaan bukanlah dari sindiket tetapi mereka terpaksa bekerja di lorong terbabit berikutan tiada pilihan kerja lain.

Malahan, mereka juga mempunyai persatuan komuniti mak nyah yang terdiri daripada lebih 300 ahli berdaftar yang turut terdiri daripada golongan gay di mana ia berperanan untuk menarik mereka mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan solat serta mengaji.

“Walaupun kami masih lagi berpakaian wanita, tapi kami telah berubah meninggalkan kerja-kerja maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: