Tempatan

Amaran Cuaca Panas: Sesi Persekolahan Di Kedah Berjalan Seperti Biasa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUNGAI PETANI, 05 FEBRUARI 2024 – Sesi persekolahan sesi di Kedah akan diteruskan seperti biasa sehingga Rabu ini walaupun menerima amaran cuaca panas melampau daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek berkata pihaknya akan sentiasa memantau dan bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan keadaan cuaca ketika ini.

Dalam pada itu, Fadhlina juga meminta kerjasama daripada ibu bapa dan guru-guru memantau keadaan anak mereka ketika berdepan cuaca panas akibat daripada fenomena El Nino.

“Kita akan bekerjasama dengan Jabatan dan saya mohon untuk ibu bapa dan guru dalam masa empat hari berbaki dan seterusnya apabila cuti sekolah ini mesti pantaulah keadaan anak.”

“Jangan lupa minum air, pantau kesihatan anak, Insya-Allah tak ada apa-apa, sikit lagi,” katanya dalam Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Kedah di Kolej Vokasional Sungai Petani 2, pada Ahad.

Mengulas lanjut Fadhlina berkata, KPM mempunyai garis panduan berkaitan fenomena cuaca negara dan akan memberi peringatan dan nasihat mengikut keadaan semasa di peringkat sekolah khususnya.

“Kita juga ada garis panduan berkaitan cuaca yang sememangnya dipantau di peringkat sekolah. melalui peringatan tersebut, kita menangani isu sekiranya ada kejadian yang tidak diingini berlaku ketika cuaca panas tersebut.”

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga di tiga kawasan di Kedah iaitu adalah Pokok Sena, Pendang dan Baling.

Tiga kawasan tersebut dijangka akan mencapai suhu maksimum harian 35 darjah Celsius sehingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangkan tiga hari berturut-turut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: