Tempatan

AMARAN Hujan Berterusan Di 4 Negeri dan Tahap Buruk Di Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi empat negeri manakala amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak.

METMalaysia dalam kenyataannya pada 6:51 pagi hari ini memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di negeri Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga Rabu ini.

Hujan berterusan tahap waspada pula diramal berlaku di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi) serta Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei dan Bintulu) juga sehingga Rabu ini.

BACA JUGA: Sambutan Hari Peradaban Melayu, Mengembalikan Jati Diri Bangsa

BACA JUGA: 3 Bulan, Jawatankuasa Kaji Dasar Pengajian Tinggi

BACA JUGA: 2 Negeri Belum Capai Prevalen Antibodi Penyakit Kaki Gajah – KP Kesihatan

Seterusnya, hujan berterusan tahap waspada diramal berlaku pada hari ini di Kudat, Sabah.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan berasingan meminta negeri-negeri mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah, serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.

“Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon memastikan setiap pusat pemindahan sementara, dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan,” menurut kenyataan itu.

Sehingga 6 pagi tadi, jumlah keseluruhan mangsa banjir di empat negeri tersebut telah mencecah 3842 orang dengan melibatkan 32 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: