Tempatan

13 Lokasi Berisiko Banjir Mulai 9 September Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA SELANGOR, 01 September 2022 – Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan memaklumkan, sebanyak 13 lokasi berisiko banjir telah dikenal pasti sepanjang fenomena air pasang besar yang diramal selama tiga hari mulai 9 September ini.

Kawasan yang terlibat adalah Jeram, Ijok, Tanjong Karang dan Sekinchan.

“Jeram kawasan paling berisiko tinggi dilanda banjir yang membabitkan enam lokasi, iaitu Tambak Jawa, Pantai Remis, Pantai Jeram, Kampung Sungai Janggut, Kampung Sungai Sembilang dan Pekan Sungai Buloh.”

“Kawasan lain, Kampung Sungai Yu, Pekan Tanjong Karang, Parit 4 Sekinchan, Bagan Pasir Tok Adam dan Pekan Kuala Selangor.”

Katanya, keadaan mungkin bertambah buruk sekiranya musim hujan berpanjangan melangkaui tarikh ramalan itu.

Namun, pelbagai agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Semua yang terlibat termasuk ketua kampung akan menjalankan pemantauan 24 jam sepanjang fenomena tiga hari itu.”

Jelasnya, persediaan yang dibuat meliputi aspek logistik atau aset menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.

“Lebih 20 pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka sekiranya banjir buruk melanda daerah ini,” katanya selepas program konvoi Merdeka Ride dan kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, Razali yang juga Pegawai Daerah Kuala Selangor, mengingatkan orang ramai agar sentiasa bersiap sedia dan mematuhi semua arahan pihak berkuasa sekiranya diarah berpindah kelak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: