Tempatan

Banjir November Ini – Lebih 10 Juta Rakyat Bakal Terkesan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 20 September 2022 – Persatuan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADIM) menjangkakan seramai lebih 10 juta daripada 33 juta penduduk negara ini terkesan dengan bencana banjir yang diramal melanda mulai November ini hingga awal tahun depan.

Presidennya, Roslan Ab. Ghani berkata, jangkaan itu dibuat setelah pihaknya mendapati Malaysia sedang berdepan dengan kesan perubahan iklim ketika ini.

“Kita dapati suasana dan cuaca negara sentiasa dalam keadaan tidak menentu, ia di luar jangka menyebabkan bencana boleh berlaku di luar kawasan dan luar musim.”

“Sebab itu, ada kawasan yang tak pernah kena banjir selama ini, sekarang kena. Jadi, semua pihak perlu bersiap sedia terutama di peringkat daerah dengan memperkasa komuniti masing-masing dan memastikan adanya pusat pemindahan berhampiran. Banjir bukan lagi macam dulu, kita perlu bersedia sepanjang masa,” katanya.

Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), taburan hujan yang tinggi akan melanda beberapa negeri seperti Kelantan (1.8 juta orang), Terengganu (1.2 juta orang), Pahang (1.6 juta orang) selain di timur Johor (4 juta keseluruhan) dan barat Sarawak (2.5 juta keseluruhan).

Selain itu, terdapat kemungkinan banjir turut melanda pantai barat Semenanjung iaitu Kuala Lumpur (1.9 juta orang), Selangor (7 juta keseluruhan) dan Kedah (2.2 juta keseluruhan).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: