Tempatan

Agong Titah Agensi Kerajaan Segera Bantu Mangsa Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru hari ini.

Menurut Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda telah berkenan meluangkan masa hampir satu jam menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa banjir di PPS tersebut.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mereka dengan harapan ianya dapat mengurangkan beban yang ditanggung akibat musibah banjir kilat susulan hujan lebat sejak 48 jam lepas.

Selain itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di empat lagi PPS di Dewan Hamzah (Dang Wangi), Pusat Komuniti Sentul, SRJK Tamil Saraswathy dan Dewan Sri Endah Seputeh di Brickfields.

Berikutan kejadian banjir yang berlaku, Seri Paduka Baginda menyeru agensi-agensi kerajaan untuk turun menghulurkan segala bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara dengan lebih pantas, termasuk khemah-khemah yang mencukupi di PPS untuk keselesaan mangsa-mangsa banjir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: