Tempatan

METMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2021 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran bahaya (merah) hujan berterusan di negeri Perak.

Kawasan terlibat adalah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Bagi amaran buruk (jingga), hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kedah; Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang, Perak; Kerian, Larut, Matang, Selama dan Kuala Kangsar dan negeri Pahang; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan.

Negeri yang harus berwaspada (kuning) dengan hujan lebat berterusan adalah negeri Perlis, Kedah; Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling, Perak; Hulu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang; Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin dan Selangor; Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: