Tempatan

155 Mangsa Banjir Masih Terkandas Di Pusat Bantuan Negeri Sabah, Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2022 – Seramai 155 mangsa banjir masih terkandas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan 122 orang di Sabah dan 33 orang di Sarawak.

Menurut kenyataan pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), lima mangsa daripada dua keluarga berada di PPS Balai Raya Sepupok Niah, manakala 28 lagi daripada lapan keluarga ditempatkan di Balai Raya Bekenu.

Selain itu di Sabah pula, jumlah mangsa banjir di PPS di tiga daerah kekal 122 orang membabitkan 32 keluarga.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah memaklumkan, 61 mangsa daripada 11 keluarga berada di pusat di Dewan Projek Perumahan Rakyat Sri Keramat di Putatan; 51 mangsa daripada 19 keluarga di Dewan DSP Mohd Dun Banir di Beaufort; dan 10 mangsa daripada dua keluarga di Kompleks Latihan dan Pemulihan OKU di Papar.

Samudera.my melaporkan di Johor pula, proses memindahkan mangsa banjir juga sedang giat dijalankan berikutan kediaman mereka dinaiki air semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor memaklumkan, seramai 17 mangsa banjir di daerah itu telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: