Antarabangsa

Palestin Dirikan Solat Jenazah Ghaib Buat Syuhada’ Banjir Di Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PALESTIN, 22 Disember 2021 – Berikutan cuaca hujan berterusan yang menyebabkan banjir besar di Malaysia dan meragut nyawa orang awam, Pasukan Bomba & Penyelamat Palestin mennzahirkan keprihatinan mereka untuk Malaysia dengan beramai-beramai mendirikan solat jenazah ghaib buat para mangsa korban tragedi.

Perkara itu dikongsikan di laman Twitter oleh Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman, aktivis kemanusiaan Malaysia yang menetap di Semenanjung Gaza, Palestin.

“Pasukan Bomba & Penyelamat Palestin mendirikan solat jenazah ghaib untuk syuhada’ banjir di Malaysia.”

Tambah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia yang lebih mesra dipanggil Nadir Al-Nuri, perkara tersebut adalah satu penghormatan besar buat Malaysia.

“Alhamdulillah ia penghormatan besar, menandakan mereka juga mengikuti perkembangan kita & mengetahui bahawa Malaysia sedang diuji lalu memanjatkan doa untuk kita.”

Semalam, Astro Awani melaporkan sebanyak 11 mayat ditemui di Selangor manakala Pahang mencatat jumlah korban seramai enam orang.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban banjir seramai 17 orang dan mengakibatkan 66,939 mangsa dipindahkan ke 466 pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang dibuka di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: