Moratorium Sehingga Enam Bulan Kepada Mangsa Banjir – PM
KUALA LUMPUR, 07 Mac 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan tiga bank bersetuju memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di Johor.
“Tentang moratorium untuk memudahkan mereka ada cadangan daripada kerajaan Johor supaya diberikan moratorium kepada peminjam agar dapat melengahkan, melambatkan bayaran kerana keadaan yang terdesak.”
Pagi tadi di Dewan Rakyat saya telah sebut bahawa setakat ini tiga bank, iaitu Maybank, CIMB dan AgroBank telah bersetuju untuk memberi moratorium kepada mangsa banjir di Johor. #Parlimen #DewanRakyat #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/ehA2k76mUX
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) March 7, 2023
“Setakat ini, Maybank, CIMB dan Agro Bank bersetuju untuk memberikan moratorium enam bulan.”
BACA JUGA: Kaji Semula Cuti Sakit: Kita Manusia, Bukan Mesin – J Solomon
BACA JUGA: Perlembagaan Iktiraf, Hak, Keistimewaan, Prerogatif & Kuasa Raja Melayu
BACA JUGA: Bekalan Sayur Tanah Tinggi Dijangka Berkurangan Hingga 15%
Katanya Kerajaan pada masa yang sama sudah menghubungi beberapa bank lain bagi meminta mereka untuk turut mengikut langkah tiga bank berkenaan bagi meluluskan moratorium kepada mangsa banjir di negeri itu.
“Dengan langkah ini, semalam dan hari ini kita menghubungi bank-bank lain supaya mengikuti langkah yang diambil,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang meminta penjelasan Kerajaan mengapa masih tidak melaksanakan darurat banjir khususnya di Johor dengan jumlah mangsa banjir terus melonjak di pusat pemindahan sementara (PPS).
Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merayu Kerajaan memberikan moratorium selama tiga hingga enam bulan kepada mangsa banjir di negeri itu.
“Besar harapan Kerajaan Negeri agar mangsa-mangsa banjir ini boleh diberikan sedikit kelegaan dari segi moratorium dalam tempoh yang saya sebutkan,” katanya pada Isnin lalu.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan tidak ada keperluan untuk melaksanakan darurat banjir buat masa inه memandangkan keadaan dalam keadaan terkawal dan bertambah baik.
“Di kawasan Felda yang terputus lalu lintas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah segera membina Jambatan Bailey.”
“Di Johor, persiapan oleh jentera Persekutuan, Negeri dan daerah nampak lebih berkesan serta dapat menyelamatkan banyak nyawa di samping memberikan bantuan segera,” katanya.