Tempatan

METMalaysia Keluarkan Ramalan Cuaca Sempena Hari Merdeka

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan ramalan laporan cuaca di seluruh negara sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

WhatsApp-Image-2022-08-30-at-12.06.45-PM.jpeg?resize=363%2C363&is-pending-load=1#038;ssl=1

METMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, empat negeri bakal dilanda hujan sepanjang hari iaitu di Selangor, Johor, Sabah, dan Sarawak.

“Bagi sebelah pagi, hujan diramalkan berlaku di beberapa kawasan sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Bahagian Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri & Limbang), Sabah dan WP Labuan.”

“Manakala sebelah petang pula, hujan di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diikuti Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.”

Dalam pada itu sebelah malam pula, cuaca buruk diramal melanda Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sarawak (Bahagian Kapit, Miri & Limbang), Sabah dan WP Labuan.

“Tempat-tempat lain yang tidak dinyatakan mengikut waktu dikeluarkan dijangka alami cuaca baik dan cerah,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: