Tempatan

Pendang Banjir Setelah Dilanda Hujan Lebat 2 Jam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PENDANG, 26 Oktober 2022 – Beberapa kawasan di Pendang, Kedah dilanda banjir selepas dibadai hujan lebat yang bermula dari pukul 5 petang semalam sehingga waktu Maghrib.

Portal tempatan melaporkan, antara kawasan terjejas adalah Taman Teratai dan Kampung Paya Kelubi, Pendang.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff, 11 rumah di Kampung Paya Kelubi dinaiki air manakala Taman Teratai turut dinaiki air namun tidak memasuki rumah penduduk.

“Hasil pemantauan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pendang malam tadi, mendapati air sudah mulai surut namun penduduk dinasihatkan lebih berwaspada sekiranya berlaku hujan lebat.”

Dalam laporan berlainan, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran bahawa tiga negeri iaitu Kedah, Johor dan Perlis dijangka akan dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 12 tengah hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: