Tempatan

Banjir Pahang: Kerajaan Negeri Umum Bantuan RM500

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 23 Disember 2021 – Kerajaan Pahang hari ini mengumumkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap ketua keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di negeri itu.

Bantuan itu adalah sebagai tanda prihatin kerajaan negeri terhadap mangsa yang terjejas.

“Selain tanda prihatin, kerajaan negeri membuat sumbangan ini berdasarkan kemampuan dan keupayaan kewangannya. Sumbangan RM500 ini demi meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung, Insya-Allah,” kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Bantuan tersebut meliputi kategori penerima iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan mangsa yang tidak berpindah ke PPS sebaliknya menumpang di rumah saudara mara serta mangsa yang tinggal di rumah sewa dan mangsa yang tidak berpindah ke mana-mana.

Banjir di Pahang bermula Jumaat lepas dan daerah yang terjejas adalah Kuantan, Temerloh, Bentong, Maran, Lipis, Raub, Jerantut, Bera dan Pekan.

Setakat hari ini, laluan Chenor ke Karak masih tidak boleh dilalui di kedua-dua hala manakala laluan dari Gombak ke Karak sudah boleh dilalui.

Selain itu, trend air sekitar laluan Temerloh-Chenor mula menunjukkan penurunan.

Berikutan itu, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad telah memuat naik Pelan Laluan Alternatif (Banjir) Bagi Negeri Pahang.

Laluan-Alternatif.png?resize=780%2C435&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: