Tempatan

PERHATIAN: Amaran Banjir Di Negeri Pahang Dan Johor Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Mac 2023 – Pahang dan Johor berisiko dilanda banjir kilat hari ini dan esok sekiranya hujan lebat dan ribut petir yang signifikan berlaku, maklum Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS).

Dalam notis yang dikeluarkan tengahari semalam, Kg Baharu (Johor) dan kawasan sekitarnya berisiko banjir mulai 1:00 tengahari ini, manakala Kg Buluh Nipis (Pahang) dan kawasan sekitarnya diramalkan banjir bermula 6:00 petang ini.

Seterusnya, Sg Kahang di Bt 26 Jalan Kluang, Kg Sg Telor dan kawasan sekitarnya di Johor dijangka mengalami banjir kilat bermula 7:00 malam ini, manakala Kg Rekoh Baru (Pahang) pada pukul 8:00 malam ini.

Pekan Layang-Layang dan Kg Orang Asli Sedohor (Johor) serta kawasan sekitarnya diramalkan dilanda banjir kilat bermula 10:00 malam ini.

Sementara itu di Rompin Pahang, kawasan Sg Anak Endau di Rumah Pam Setajam berisiko banjir kilat pada esok jam 8:00 pagi.

BACA JUGA: MAKLUMAN: Jalan Perwira Jaya & Selancar Ditutup Kepada Semua Lalu Lintas

BACA JUGA: Logo Palsu, Jabatan Pertanian Keluarkan Amaran Berhati-Hati

BACA JUGA: Golongan ‘Kayangan’ Di Malaysia Mewah Subsidi

“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.”

“Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir,” kata jabatan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: