Amaran: Hujan Berterusan Di beberapa Negeri Selama 4 Hari
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JUMAAT, 11 Februari 2022 – Amaran hujan berterusan kategori waspada telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menerusi kenyataan MetMalaysia Laporan Cuaca bertarikh 11 Februari 2022, amaran hujan berterusan tersebut melibatkan negeri di sebelah Pantai Timur, selatan Pahang dan timur Johor.
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan
BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis
Luruan angin timuran yang dijangka berterusan hingga 14 Februari ini menyebabkan peningkatan kelembapan dan berpotensi membawa hujan berterusan beberapa negeri yang dijangkakan terlibat itu.
Sebelum ini, Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang meramalkan fenomena puting beliung bakal berlaku di beberapa buah lokasi di negeri Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Antara negeri Pantai Barat Semenanjung tersebut melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.