Tempatan

Agong Berkenan Tinjau Situasi Banjir


Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam, berkenan berangkat meninjau situasi banjir di ibu kota susulan hujan lebat yang melanda ibu kota sejak 24 jam yang lalu.

Seri Paduka Baginda telah berkenan di tengah hujan, menuruni kenderaan Baginda di jalan susur menghala PWTC dan meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi banjir di sekitar kawasan tersebut.

Laporan berita mendedahkan beberapa kawasan di Selangor ditenggelami banjir berikutan hujan berterusan sejak Jumaat.

Terkini, beberapa kawasan di Kuala Lumpur pula dilanda banjir setelah air Sungai Gombak yang berada pada paras bahaya melimpah.

Antara kawasan terlibat adalah Masjid Jamek dan Kampung Baru.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: