Tempatan

BAHAYA: Risiko Banjir Hari Ini & Esok Akibat Fenomena Air Pasang Besar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLANG, 24 November 2022 – Fenomena air laut pasang besar yang berisiko membawa kepada banjir dijangka melanda kawasan di dearah Klang hari ini sehingga Jumaat, 24 November 2022.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah (JPBD) Klang memaklumkan, risiko banjir tersebut berlaku adalah disebabkan paras air laut yang tinggi dalam tempoh enam hari kebelakangan ini.

Berdasarkan maklumat yang tertera dalam gambar JPBD, bacaan paras air laut tertinggi hari ini dan esok adalah 5.3 meter berbanding 5.2 meter untuk semalam dan 5.1 meter pada hari Selasa.

Justeru itu, jawatankuasa berkenaan mengingatkan penduduk Klang agar sentiasa peka dengan keadaan semasa serta perubahan cuaca di daerah berkenaan.

Sekiranya berlakunya bencana banjir, JPBD meminta orang ramai untuk menghubungi talian kecemasan yang disenaraikan dalam gambar rajah di bawah bagi memaklumkan bencana tersebut.

unnamed.jpg?resize=300%2C251&is-pending-load=1#038;ssl=1

Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang juga akan turut dibuka sehingga 27 November 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: